Monday, August 2, 2010

KAD PENGENALAN HAIWAN

Bukan kucin ini yang dibawa ke Veterinar...


Minggu lps kita bawa 2 ekor kucin kita pg Jabatan Veterinar Wilayah Persekutuan KL utk dptkan rawatan. Yg sekor tu dia kena bisul n pecah pastu mmbentuk lubang luka yg bsar di pipi kanan.Kucin jantan dewasa...baka siam,mata kaler biru gitu....apa???nak tgk gmbar dia...lain n3 kita tunjuk yekk...


Yg sekor lg kitten,kita kutip kat bawah umah kita...cumel gak cuma mata kanan dia dah tsembul kuar.Kata doktor vet,kalau bgkak pd bj mata nya x surut, tpakse la dibedah n dibuang...nak tgk bmbr?nanti kita kuarkan gmbar nye kat n3 yg lain kali jugak...kuikuikui.


Tp yg menariknya, kita tnampak le notis yg ada d papan kenyataan kat situ, baru tau ttg kwujudan Kad Pengenalan Haiwan...huhuhu..Nak tau lebih detail???Meh kita citer....






Kad pengenalan haiwan ialah dokumen rasmi Kerajaan Malaysia dibawah Malaysian Animal Traceability System (MATs). Kad Pengenalan haiwan ini diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) seperti yang diperuntukan di bawah Akta Binatang 1953. Kad ini diperkenalkan untuk meningkatkan tahap kecekapan kawalan penyakit haiwan, memperbaiki dayajejak haiwan dan menggalakkan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab.

OBJEKTIF:
•Mengawal penyakit haiwan
•Memperbaiki dayajejak haiwan
•Pemilikan haiwan bertanggungjawab demi jaminan kebajikan haiwan

KEBAIKAN MENDAFTAR HAIWAN:

•Penyakit dapat dikawal daripada merebak
•Mudah menjejaki haiwan jika berlaku kehilangan
•dapat mengesahkan pemilik haiwan


HAIWAN YANG DIDAFTARKAN
•Kucing
•Anjing
•Kuda


BAYARAN KAD PENGENALAN

*Kucing & Anjing RM7.00
*Kuda RM9.00
Tidak termasuk kos pemeriksaan fizikal dan gambar

Bagus gak ye diwujudkan kad pengenalan haiwan ni....buleh dijadikan bahan bukti kalu tjadi sesuatu kat kucin tadi...kiranya mnjaga kbajikan mereka dan keluarga mereka....

Tapi kan kita ada 20 ekor kucin....hai,x larat la poket mama nak kuarkan blanja utk passport anak2 ni....

Maka, kalu pmbaca sumer ada kucin utk dibuat kad pengenalannya, silalah dpt maklumat lebih lanjut kat Jabatan Haiwan Negeri memasing.

3 comments:

bdk johor said...

kat kg..wa ade bela rimau. nk kena dptkn ic jgk ker untuk rimau wa? hehehe

zarra said...

Amboi bdk johor...ganasnyer bela rimau...wa tau..yg lu bela tu rimau jadian....xper..pndekar mustar kata x yah ic...kira pndatang haremmm sudah la...

mr.curly said...

bdk johor.. sekali rimau tu ngap.. lu lenyap !!.. hehe